Monday, 4 December 2017

APA YANG PERLU DIWASIATKAN

Mungkin kita lalai atau lupa perkara berkenaan dengan wasiat. Namun ingat sebagai umat islam menjalankan wasiat itu wajib dilakukan. Teruskan membaca di bawah 👇

❗️APA YANG PERLU DIWASIATKAN ❗️

a. Harta

Jumlah harta yang dimiliki oleh pewasiat perlu diketahui oleh waris bagi memudahkan urusan pembahagian harta termasuk jumlah harta yang boleh diwarisi dan yang boleh diwasiatkan.

b. Hutang

Hutang merupakan satu perkara yang sangat penting. Sabda Rasulullah “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari” riwayat al-baihaqi

Dan Nabi SAW memperingatkan dlm satu hadis: يغفر الله عزوجل للشهيد كل ذنب الا الدين

“Diampunkan segala dosa orang yg mati syahid kecuali hutang”. Malah dalam banyak hadis diberitakan Nabi SAW seringkali menolak untuk mengimamkan solah jenazah bagi yg masih belum melangsaikan hutangnya. Dalam hadis lain, digambarkan

نَفْسُ المُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ “Roh orang Mukmin tergantung dengan sebab hutangnya, sehingga dilangsaikan baginya”. Atas faktor ini, penyenaraian hutang adalah sangat penting dalam memastikan semua hutang-hutang yang tidak mampu diselesaikan sewaktu hidup, akan diselesaikan oleh waris setelah pewasiat meninggal.

c. Senarai Waris

Sabda Rasulullah s.a.w Pelajarilah al-Quran dan ajarkankanlah ia kepada manusia dan pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia. Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah-fitnah, sehingga nanti akan tiba masanya apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara keduanya(Riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a)

d. Nasihat, Pesanan & Amanah

Sudah menjadi amalan Rasulullah, para sahabat dan ulamak untuk meninggalkan pesanan dan nasihat kepada yang masih hidup. Maka merupakan satu sunnah yang perlu diteruskan oleh kita dengan meninggalkan pesanan kepada waris waris yang akan meneruskan kehidupan mereka setelah kita tiada.

☝🏼 Surah an nisa’ (11 & 12)

Sabda Rasulullah dan 2 ayat di atas menunjukkan betapa Allah mementingkan pembahagian harta pusaka yang adil. Sering terjadi pembahagian yang adil tidak dapat dijalankan akibat wujudnya ahli waris yang tidak diketahui. Berdasarkan fakta diatas, maka penyenaraian senarai waris adalah sangat penting terutamanya sekiranya terdapat waris yang dirahsiakan semasa pewasiat masih hidup.



Sunday, 3 December 2017

AYUH MEMBELI HARTANAH DI USIA MUDA

Ayuh Membeli Hartanah Di Usia Muda


60% penjawat awam masih tidak memiliki rumah sendiri. Itu baru penjawat awam. Jika pekerja swasta, lagi lah ramai.
***
Antara faktor penjawat awam tidak lagi membeli rumah pertama ialah :
1. Ada penjawat awam yang tinggal di kuarters. Jadi, mereka berfikiran kenapa perlu beli rumah dulu. Baik gunakan gaji untuk beli kereta. Lepastu, terus beli kereta import mewah.
2. Ada penjawat awam fikir kerja kerajaan senang dapat pembiayaan perumahan. Dan ada pembiayaan perumahan khas untuk penjawat awam sendiri. Jadi tak perlu risau dan terburu-buru untuk membeli rumah lagi.
3. Ada penjawat awam mahukan rumah pertama bertanah. Rumah buruk, apartmen taknak. Buat malu je.
4. Ada penjawat awam terlalu mahukan kereta yang mewah setaraf dengan pangkat mereka. Mereka lebih rela habiskan ribuan ringgit untuk membayar ansuran kereta. Asalkan nampak bergaya dan setanding dengan jawatan yang disandang.
5. Ada penjawat awam nak beli tanah dahulu. Nanti umur 35-40 tahun baru buat rumah atas tanah yang dibeli.
6. Ada penjawat awam tidak membeli rumah atas faktor kerap bertukar tempat kerja setiap 5-6 tahun.
7. Ada penjawat awam yang tidak membeli rumah kerana gaji yang rendah.
Banyak lagilah faktor kenapa penjawat awam tidak memiliki hartanah.
***
Nak memiliki rumah pertama, mudah sahaja. Antaranya;
1. Pastikan anda ada deposit 15% daripada harga rumah. Mulakan menyimpan dan menabung untuk deposit rumah. Simpan 20% daripada gaji. Jika anda  bujang lagi senang nak menyimpan. Jadi, ilmu pengurusan kewangan kena mantap.
2. Anggaran rumah yang mampu beli ialah gaji bersih X 200. Contohnya jika gaji bersih dekat penyata gaji ialah RM2,000. RM2000X200= RM400,000. Jadi, anggaran rumah boleh dibeli ialah bawah RM400,000. Tetapi jadilah orang yang bijak. Beli hartanah bernilai RM200,000 setiap satu. Dapat dua buah hartanah daripada nak beli hartanah RM400,000 untuk duduk sendiri.
3. Perkiraan DSR. Debt Service Ratio perlulah dijaga. DSR yang selalu diambil kira oleh bank ialah 60%. Jadi, jika mahu beli rumah pertama DSR kena bawah 60%. Lain bank, lain SOP dia. Rajin-rajinkan walk in tanya ye.
DSR = Jumlah komitmen / pendapatan X 100%.
4. Rekod CCRIS. Jangan takut jika anda ada rekod CCRIS. Ada rekod CCRIS ni bagus. Yang tak bagus anda tak reti nak bayar pada jumlah yang cukup dan pada waktu yang ditetapkan.
5. Sekarang PTPTN pun masuk laporan CCRIS. Jadi, anda kena jelaskan tunggakan PTPTN terlebih dahulu jika nak buat pembiayaan perumahan dengan pihak bank. Pergi cawangan PTPTN. Bawalah berbincang. Rekod CCRIS tak cun akan menyebabkan bank tak layan pembiayaan perumahan anda. Tak kira lah anda tu orang gomen pun.
6. Tak ada rekod CCRIS boleh mohon pembiayaan perumahan? Ya, boleh saja. Tapi logik bank macam ni. Ada orang datang jumpa . Langsung anda tak kenal. Lalu dia nak pinjam duit RM10K dengan anda, agak-agak bagi tak?
Jadi rekod CCRIS berfungsi sebagai kebolehpercayaan pihak bank kepada anda. Jika anda ada ASB Financing RM200K dengan ansuran setiap bulan adalah sebanyak RM1200. Bayaran cantik selama 2 tahun. Takkan anda nak buat pembiayaan perumahan dengan ansuran RM700 sebulan tak mampu bayar kan?
Jadi, bank akan percaya dan tahu karektor anda. Dan yang tidak ada rekod CCRIS terus nak buat pembiayaan perumahan, profit bank akan sedikit tinggi.
7. Tak perlu tunggu masuk umur 30-35 tahun untuk beli rumah pertama. Walaupun tinggal di kuarters, carilah rumah yang berharga di bawah RM150K untuk pelaburan hartanah dahulu. Baiki/bina CCRIS, semak DSR dan teruskan memburu hartanah.
***
Membeli rumah pertama adalah mudah jika kanda tahu aturannya. Risau sangat nak buat pembiayaan ASB, risau DSR akan kacau pembiayaan perumahan. Tapi hutang pembiayaan peribadi dah berlambak, hutang kereta dah lebih daripada gaji tak pulak risau.
Jadilah bijak. Ada hutang yang positif dan ada hutang yang negatif. Jika anda pandai kawal hutang untuk menjana ekonomi yang lebih baik, buat apa nak risau kan :)