Thursday, 15 March 2018

PEMBAHAGIAN HARTA JIKA MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN SAHAJA

Assalamualaikum Selamat pagi 😁

Ada yang bertanya bagaimana untuk pembahagian harta pusaka jika mempunyai anak perempuan sahaja. Tiada anak lelaki.🤔
Begini, perkara yang perlu anda tahu, jika tidak mempunyai anak lelaki ??

■ Anak-anak perempuan anda akan berkongsi harta pusaka yang anda ditinggalkan dengan adik-beradik anda (Ibubapa saudara kepada anak perempuan anda) jika ketika anda meninggal dunia, anda;
- Tidak mempunyai bapa, dan
- Tidak mempunyai cucu lelaki daripada anak lelaki, dan
- Tidak mempunyai datuk dan ke atas
■ Jika anda hanya mempunyai seorang anak perempuan, dia hanya akan mewarisi 1/2 bahagian ke atas harta pusaka yang anda tinggalkan. Jika mempunyai 2 orang atau lebih, maka mereka akan berkongsi sama rata ke atas 2/3 bahagian ke atas harta pusaka anda.
■ Penglibatan waris yang ramai kebiasaannya akan menyukarkan proses turun hak milik. Kemungkinan nama mereka akan turut sama ada dalam geran hartanah, walaupun peratusan bahagian mereka adalah sangat sedikit.
■ Buat perancangan harta ke atas aset-aset yang sukar untuk dibahagi-bahagikan seperti rumah dan hartanah. Gunakan dokumentasi hibah untuk memastikan adik beradik anda tiada bahagian ke atas aset tidak alih tersebut.
■ Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar daripada puaska si mati. Maka, tidak ada bahagian yang boleh dituntut oleh waris lain kecuali penerima hibah sahaja.
■ Hibah yang anda berikan kepada anak kandung boleh ditarik balik tanpa perlu meminta izin penerima hibah tersebut. Selagi anda mempunyai kuasa ke atas harta tersebut.
■ Dokumentasi hibah yang kami buat memastikan anda masih mempunyai kuasa mutlak ke atas harta yang telah dihibahkan. Berhati-hati dengan hibah yang dibuat pihak lain, yang menghilangkan kuasa mutlak anda sehingga mendatangkan mudarat kepada anda kemudian hari.
Buat perancangan ke atas harta yang bakal anda tinggalkan. Jangan tinggalkan kesukaran untuk waris anda yang akan menghadapinya. Hibahkan harta yang anda tidak mahu ia dikongsi kepada pihak lain.

SHARE/LIKE/TAG KEPADA KELUARGA DAN RAKAN SEKIRANYA MEMBERI MANFAAT 😊
Bertindak sebelum terlewat !
KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA
HUBUNGI KAMI SEGERA
HF SERVICE & MANAGEMENT
Ditalian 📲 07 4330085 / 019 7669869

Wednesday, 14 March 2018

AKIBAT TIDAK MEMBAHAGIKAN HARTA PUSAKA:

1. Makan harta secara batil.
Firman Allah S.W.T. :
كلوا اموالكم بينكم بالبا طل يا ايها الذين امنوا لا تأ
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). (Surah al-Nisa’ 4 : 29)


Sabda Rasulullah s.a.w.:
مــن ظـلـم قيد شــبـر من الأرض طوقََََه من سبـع أرضين
Maksudnya :"Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah, nescaya ia akan dibelit oleh tanah itu dari tujuh lapisannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Waris tidak menunaikan wasiat si mati

Sekiranya wasiat itu sah mengikut hukum syarak, adalah menjadi tanggungjawab waris melaksanakan wasiat tersebut dengan segera.

3. Berlaku kematian berlapis
Kematian berlapis bermakna terdapat waris si mati sebelum pusaka dibahagikan kepadanya dan dinamakan kes Munasakhat.

untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami segera !!
HF SERVICE & MANAGEMENT
Ditalian 07 4330085 / 019 7669869

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA 😊