Wednesday, 29 November 2017

PUNCA HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT








Berita tergempar ❗️❗️
RM 60 BILION HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT😨😱
APA PUNCA HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT 😱

sila teruskan membaca di bawah 👇


.

.
Apabila berbicara pusaka, kebanyakkan orang Islam di Malaysia tidak mempedulikannya kerana faktor takut mati atau belum bersedia untuk mati. Kadangkala apabila ditanya "sudah uruskan pusaka?" maka dijawabnya dengan nada sinis "saya belum nak mati".

Persoalannya, kita tahu tarikh dilahirkan tetapi siapa tahu tarikh kita mati?

Begitulah ujian manusia di dunia ini, kematian adalah suatu kerahsiaan bagi setiap insan. Dunia tempat menanam dan akhirat tempat menuai. Insan manakah atau manusia manakah yang baik amalannya di dunia dahulu akan diperiksan oleh Tuhannya, ganjaranya pasti Syurga

Antara penyebab lain yang boleh disenaraikan :

1. Waris-waris tidak tahu hukum-hakam. Keberangkalian untuk mereka makan harta anak yatim sangat besar apabila pemilik harta tidak mengajar anak-anak dan isteri berapa bahagian masing-masing perolehi pusakanya.

2. Waris-waris keliru dengan proses penuntutan. Proses yang melibatkan Pejabat Pusaka Kecil dan mahkamah merupakan proses yang sangat bersifat taknikal. Borang-borang, geran tanah, penyata dan dokumen-dokumen yang tentu sekali tidak pernah dilihat oleh waris-waris kita.

3. Kos yang mahal. Kita mungkin ada harta tetapi waris-waris belum tentu ada harta. Harta-harta yang kita tinggalkan menjadi beban waris untuk menuntut. Proses-proses yang memayahkan membolehkan pihak peguam atau syarikat amanah mengenakan kos yang tinggi. Akta Probet dan Pentadbiran membolehkan pihak yang membantu boleh mengenakan cas sehingga 5% dari nilai harta semasa. Itu belum kos pihak ke-3.

4. Wasiat yang memudaratkan. Seringkali kita mendengar wasiat tetapi tidak mengetahui fungsi wasiat. Lumrah di Malaysia wasiat meyelesaikan semua pusaka. Bagi orang Islam, wasiat hanya terpakai untuk pemberian selain waris-waris seperti selain anak-anak dan selain isteri. Wasiat juga tidak melebihi 1/3 harta.

5. Adat yang bertentangan syarak. Kadangkala kita mendengar untuk uruskan pusaka hendaklah selesai 3 kali tahlil atau menyelesaikan pusaka setelah tanah kubur tidak merah lagi sedangkan pusaka perlu diselesaikan segera. Bukan bermaksud di atas kubur pembahagian perlu dilakukan tetapi pulang dan berkumpul di rumah seterusnya berbincang bersama.

Jika kita mempunyai harta dan tidak mahu harta-harta itu menjadi sebab perbalahan waris-waris maka bersedialah semasa hidup. Apabila sudah mati, harta-harta itu akan dikembalikan kepada tuannya asal dan pembahagian mengikut ketetapan yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.

Dapatkan runding cara percuma di rumah anda. Elakkan harta anda menambah RM66 bilion pusaka sedia ada.

Setiap hari kita sibuk mengumpul harta dan membiayai keperluan keluarga tapi tidakkah kita sesekali terfikir apa yang akan terjadi kepada harta-harta, isteri, anak-anak yang kita sayangi setelah kita meninggal dunia ?

Tahukah anda bahawa waris anda perlu melalui proses pengurusan harta pusaka yang memakan masaLAMA, RUMIT, LECEH & MAHAL sebelum mereka boleh menerima wang anda dari dalam akaun konvensional anda?

Apa tunggu lagi, kami sedia membantu anda.
👇👇
Untuk keterangan lanjut sila hubungi HF SERVICE & MANAGEMENT di talian 07-4330085 atau whatsapp 019-7669869 untuk sebarang pertanyaan ☺️

Tuesday, 28 November 2017

WASIAT KEPADA WARIS YANG LAYAK MENERIMA PUSAKA

Apakah hukum jika seseorang itu mewasiatkan harta kepada saudaranya yang turut berhak mendapat bahagian mirath ( pusaka )?”





Soalan sebegini kerap muncul dikalangan masyarakat. Ia kelihatan ringkas, namun soalan ini perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum menjawabnya. Antaranya:-


1. Wasiat.

Perkataan wasiat seperti yang difahami oleh orang awam tidak sama dengan pengertiannya dengan maksud agama. Wasiat pada mereka hanya difahami sebagai satu permintaan oleh seseorang sebelum kematiannya agar ditunaikan apabila meninggal kelak. Namun, pada agama, wasiat merupakan harta peninggalan yang dikurniakan kepada seseorang yang mesti mengikut syarat-syarat tertentu.


2. Kadar wasiat.

Telah disepakati bahawa kadar wasiat yang dibenarkan dalam agama TIDAK BOLEH MELEBIHI 1/3 daripada harta peninggalan. Ini berdasarkan pertanyaan seorang sahabat kepada baginda SAW:-
أفأتصدق بثلثي مالي قال لا قال قلت أفأتصدق بشطره قال لا الثلث والثلث كثير إنك أن تذر ورثتك أغنياء خير من أن تذرهم عالة يتكففون الناس
"Adakah boleh aku sedekahkan 2/3 hartaku?", jawab baginda “tidak”, aku bertanya lagi "Adakah boleh aku sedekahkan dengan separuh?, jawab baginda “tidak”, "Satu pertiga?" jawab baginda SAW "satu pertiga itu banyak, sesungguhnya engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya lebih baik daripada meninggalkan mereka mengemis dengan manusia lain" (HR Muslim )
Walaubagaimanapun ada sebilangan ulama membenarkan kadar ini melebihi 1/3dengan syarat mestilah dengan PERSETUJUAN waris-waris lain.


3Siapa yang layak menerima wasiat? 
Antara syarat yang melayakkan seseorang itu menerima wasiat secara AUTOMATIK ialah seperti berikut:- 
1. Tidak layak menerima mirath ( pusaka )
2. Diketahui orangnya
3. Masih hidup.


Wasiat kepada ahli keluarga.
Jika wasiat itu dikurniakan kepada ahli keluarga atau waris yang tidak layak menerima mirath ( pusaka ), ia dibenarkan bahkan disunatkan.

Namun jika wasiat itu ditujukan kepada waris yang sudah berhak mendapat mirath ( pusaka ) terdapat dua pendapat dalam hal ini:-

Pendapat pertama : Harus dengan SYARAT mendapat persetujuan ahli keluarga yang lain. Pendapat ini dipelopori oleh mazhab Hanafi, sebahagian ulama mazhab Maliki, sebahagian ulama mazhab Syafie dan sebahagian ulama mazhab Hanbali.

Ini berdasarkan hadith:-
لا وصية لوارث إلا أن يجيز الورثة
Tidak ada wasiat kepada waris melainkan mendapat kelulusan waris-waris
( HR Darulqutni, didhaifkan oleh Albani)
Pendapat kedua : Wasiat itu TIDAK SAH. Pendapat ini merupakan sebahagian ulama Maliki, sebahagian ulama mazhab Syafie, sebahagian ulama Hanbali dan mazhab Zohori.

Hujjah mereka berdasarkan:
لا وصية لوارث.
Tiada wasiat kepada para waris ( HR Abu Daud, disahihkan oleh Albani.)
إن الله أعطى كل ذي حق حقه ألا لا وصية لوارث

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada setiap yang berhak itu haknya, maka tidak ada wasiat kepada waris.(  HR Ibnu Majah dan Abu Daud, disahihkan oleh Albani)
Kesimpulan

Walaupun ulama berbeza pendapat dalam isu ini, namun tujuan mereka adalah sama. Mereka yang tidak membenarkan wasiat kepada waris yang sudah layak memperolehi mirath ( pusaka ), menguatkan hujjah mereka dengan tujuan untuk menjaga hubungan persaudaraan antara keluarga. Ini dikhuatiri berlakunya fitnah.

Begitu juga mereka yang membenarkan wasiat ini dengan bersyarat. Ia MESTI dipersetujui oleh waris. Ini bagi mengelak keadaan yang tidak diingini berlaku selepas pembahagian.

Pada zaman kini, kebanyakkan undang-undang negara mengambil pendapat kedua ( keharusan memberikan wasiat kepada waris yang sudah layak dengan pusaka dengan SYARAT ia dipersetujui WARIS yang lain ). Antaranya undang-undang kekeluargaan Jordan, Mesir, fatwa negeri Terengganu ( 1987 ), dan fatwa negeri Kelantan.


Penyelesaian.

Tidak dinafikan niat orang yang ingin mewasiatkan hartanya kepada waris berkemungkinan besar ingin membantu waris tersebut. Namun, ia sangat perlu dilaksanakan dengan berhati-hati memandangkan bukan mudah untuk mendapat keredhaan setiap waris.

Hakikatnya, orang yang memberi wasiat perlu menyedari bahawa sebaik sahaja dirinya meninggal dunia, hartanya BUKAN MILIKnya lagi. Justeru itu apa yang berkaitan dengan si mati seperti hutang, pusaka dan wasiat perlu diurus berdasarkan undang-undang dan tuntutan agama. Jika wasiatnya bertentangan dengan agama, maka ia terbatal.

Oleh yang demikian, jika ingin membantu warisnya yang dalam kesusahan, sebaiknya salurkanlah ketika masih hidup lagi samada dalam bentuk zakat, sedekah ataupun hadiah. Cara ini lebih selamat daripada fitnah kelak. Begitu juga ganjaran pahala yang diperolehi juga lebih besar.