Sunday, 14 January 2018

PERANAN SEBENAR PERUNDING HARTANAH DALAM URUSAN JUAL BELI HARTANAH ðŸ¤”
Mungkin ramai yang bertanya, kenapa kita perlu gunakan khidmat perunding untuk uruskan urusan pembelian sesuatu hartanah?
Tidak bolehkah kalau kita uruskan sendiri urusan jual beli tersebut tanpa melibatkan peguam atau perunding?
Ini kerana, ramai bertanggapan, sekiranya kita menggunakan khidmat perunding, mereka akan kenakan bayaran yang mahal, sedangkan urusan jual beli hartanah tersebut bukanlah susah sangat pun. Ia sekadar isi borang itu dan ini dan selepas itu pergi sahaja ke pejabat tanah. Selesai urusan. Itulah antara persepsi sesetengah daripada orang yang biasa saya dengar.
Di sini saya ingin jelaskan, kenapa sebenarnya anda perlu lantik perunding bertauliah untuk urukan urusan jual beli hartanah anda?

1. Jual beli hartanah melibatkan undang-undang


Urusan jual beli hartanah ini bukan setakat urusan surat menyurat semata-mata. Ia bukan juga sekadar urusan yang melibatkan pentadbiran (administrative matter) semata-mata. Urusan jual beli hartanah ini sebenarnya melibatkan isu undang-undang kontrak dan undang-undang tanah.
•Urusan jual beli hartanah ini juga akan melibatkan isu-isu berkaitan undang-undang tanah. Misalnya, tentang syarat-syarat urusan jual beli hartanah di bawah Rezab Melayu, borang-borang urusniga hartanah tertentu yang digunapakai sebagaimana yang dikehendaki di dalam Kanun Tanah Negara dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan undang-undang tanah.
•Jadi, sekiranya anda tidak mahir dalam urusan perundangan, janganlah ambil risiko untuk uruskan sendiri urusan jual beli hartanah anda. Kelak, apabila berlaku sesuatu perkara yang melibatkan isu perundangan, pasti ia akan menyebabkan kesusahan kepada anda

2. Memudahkan kelulusan pinjaman hartanah



•Jika anda melantik perunding, mereka juga boleh tolong uruskan urusan pinjaman / pembiayaan pembelian hartanah anda, dengan bank di mana firma mereka menjadi panel kepada bank tersebut.
•Kelebihannya adalah, urusan kelulusan pinjaman / pembiayaan hartanah anda akan menjadi lebih mudah, dan cepat berbanding jika anda serahkan sendiri permohonan pinjaman / pembiayaan tersebut terus kepada bank.

✔️Oleh yang demikian, nasihat saya, pilihlah perunding yang mahir dan berpengalaman dalam urusan pembelian hartanah anda di samping memudahakan anda berurusan dengan mereka untuk mempastikan urusan jual beli hartanah tersebut berjalan lancar.

Thursday, 14 December 2017

KONSEP PERANCANGAN HARTA

Apa Itu Perancangan Harta Pusaka


    KONSEP PERANCANG HARTA
"Perancangan harta Islam" bermaksud pengurusan harta yang sah dan berkesan dari segi undang-undang dan Hukum Syarak dalam bentuk pengurusan harta seseorang yang mana bukan sekadar untuk mengurangkan kebimbangannya bahkan untuk melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut hukum syarak selepas kematiannya.

KENAPA PERLU PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM?

  1. Mengelakkan masalah pada Harta Pusaka anda.
  2. Untuk memastikan harta anda di bahagikan kepada orang yang tersayang.
  3. Mengelakkan pertelingkahan di antara ahli keluarga.
  4. Untuk melengkapkan lagi perancangan kewangan anda.

Kebaikan Perancangan Harta Pusaka Islam yang sangat jelas adalah anda boleh membahagikan aset-aset kepada Benefisiari tanpa terhad jumlahnya dan ia tidak melanggar prinsip-prinsip Syari’ah.
Pembahagian harta anda boleh di spesifikasikan untuk kepentingan orang tersayang apabila meninggal dunia kelak serta untuk mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.

JENIS PERANCANGAN HARTA YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

  1. Wasiat
  2. Amanah
  3. Hibah
  4. Wakaf
  5. Sedekah
  6. Harta Sepencarian