Wednesday, 25 April 2018

PUSAKA SUAMI ISTERI

Assalamualaikum.
 Harini nak cerita berkenaan harta pusaka yang sering terjadi dikalangan masyarat.

Kamal & Lisa beli rumah join loan. Harga rumah tersebut RM600,000. Mereka ada 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Mak ayah izwan ada lagi. 

Satu hari Kamal kemalangan dan meninggal dunia. Mak ayah Kamal tuntut bahagian mereka. 

Jadi bagaimana penyelesaiannya?


Begini Sekarang Lisa ada 3 pilihan untuk urus rumahnya :
1. Bayar cash bahagian kedua-dua mertua beliau : Rm50,000 (boleh terus tinggal dekat rumah itu)
2. Letak nama kedua-dua mertua dalam geran rumah (jadi rumah bersama)
3. Jual rumah dan bayar bahagian kedua-dua mertua

Walaupun mungkin sebenarnya Kamal dah bagi rumah itu dekat isterinya. Tetapi cuma cakap mulut je, tiada bukti hitam putih. Jadi memang tak terpakai walaupun mertua tahu. 
.
Jangan ambil remeh. Apa yang saya nak sampaikan dekat sini, ini antara masalah yang sering berlaku apabila kite membeli rumah dengan proses loan. Proses tersebut tidak salah tetapi jika tidak membuat perancangan yang baik dan masalah waris tidak mahu melepaskan hak itu la masalahnya. 
.
Jadinya secara kesimpulanya, bila suami isteri membuat perkongsian loan secara tidak langsung harta itu telah menjadi separuh harta milik kita. Jadinya, dalam kes ini, ada bahagian Kamal yang telah jadi harta pusaka dan perlu di faraidkan. 
.
Renung-renungkan ya:) Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah.

Share / Like / Tag keluarga dan rakan-rakan
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian 
📱 07-4330085

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA ☺️

Tuesday, 10 April 2018

BAGAIMANA NAK URUSKAN HARTA PUSAKA

BAGAIMANA NAK URUSKAN HARTA PUSAKA ?

1. Peruntukan belanja pengebumian jenazah.
Belanja kematian adalah hak si mati yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Sebelum pembahagian akan diperuntukkan sebahagian daripada harta si mati untuk belanja pengebumian sekiranya ada tuntutan daripada mana-mana pihak. Sekiranya tidak berbangkit, tiada harta si mati yang diambil untuk belanja pengebumian.
2.Penyelesaian hutang si mati.
Hutang si mati wajib dijelaskan samada hutang kepada Allah(puasa, haji, nazar) atau hutang kepada manusia. Contohnya, sekiranya si mati masih belum menunaikan fardhu haji, hutangnya kepada Allah mesti ditunaikan sekiranya beliau termasuk dalam golongan orang-orang yang berkuasa menunaikannya semasa hayatnya (mampu mengerjakan fardhu haji). Demikian juga wajib ke atas waris-waris menunaikan hutang si mati kepada manusia.
3.Pelaksanaan wasiat.
Sekiranya si mati meninggalkan wasiat,lebih-lebih lagi wasiat amal jariah yang mana patut ditunaikan terlebih dahulu sekiranya wasiat tersebut sah mengikut hukum syarak iaitu antaranya tidak diwasiatkan kepada waris yang berhak menerima pusaka dan harta yang diwasiatkan itu tidak lebih 1/3 daripada keseluruhan harta si mati. Sekiranya wasiat tersebut tidak menepati syarak, ianya boleh dilaksanakan juga setelah mendapat persetujuan daripada kesemua waris yang berhak mewarisi. Sekiranya semua waris menyetujui wasiat si mati, pembahagian diteruskan.
4. Pengurusan Harta sepencarian
Menguruskan harta sepencarian jika ada sebelum harta difaraidkan. Dimana harta sepencarian perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum harta yang tinggal di bahagikan diantara waris-waris yang berhak mengikut faraid. Harta sepencarian boleh datang dalam bentuk rumah, duit, kereta, sebagainya dan diberi pada yang berhak sahaja menerimanya. Misalnya jika si mati adalah suami maka hendaklah diselesaikan harta sepencarian si mati bersama isteri (diberi kepada isteri si mati) sebelum harta bersih (harta yang tinggal) difaraidkankan antara waris yang berhak.
5. Pembahagian harta yang tinggal (harta bersih) mengikut hukum faraid.