Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.
KADAR ASAS PEMBAGIAN
Merujuk kepada Surah An-Nisa ayat 11 hingga 12, kadar asas pembahagian adalah seperti berikut:
![]() |
HILANG HAK MEWARISI
- BERLAINAN AGAMA; Menurut Syariah orang bukan Islam tidak boleh mewarisi daripada orang Islam.
- Sekiranya seseorang itu MENYEBABKAN KEMATIAN SI MATI samada secara sengaja atau tidak sengaja. Dia juga tidak boleh mewarisi harta si mati.
HARTA YANG BOLEH DIBAHAGIKAN
- Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
- Barang kemas (emas, perak dll);
- Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
- Tanah, kebun, ladang dll;
- Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
No comments:
Post a Comment