
Apa yang akan jadi lepas seseorang Muslim itu meninggal dunia? Ya, mereka akan tinggalkan harta yang ada kepada waris yang berhak. Dan semua ini Allah S.W.T dah tentukan secara khusus mengikut satu sistem pembahagian harta pusaka.
Semua orang tau tentang Faraid. Tapi tau ke cara kira pembahagian harta pusaka mengikut sistem Faraid ni dengan betul?
Ini salah satu contoh kiraan mudah untuk anda faham. Serius!
Kami akan jelaskan secara praktikal, macam mana nak kira berapa banyak pembahagian harta pusaka kepada setiap waris yang berhak.
Katakan, ada satu keluarga yang terdiri daripada suami, seorang isteri, dan 5 orang anak (2 orang lelaki, 3 orang perempuan), serta ibu dan bapa si suami. Takdir pula tak berpihak kepada si suami. Beliau meninggal dunia, dan insan-insan di atas ni adalah ahli waris si arwah.
Andaikan harta arwah yang tinggal sebanyak RM3 juta lepas dah tolak kos:
pengurusan jenazah,
selesaikan segala hutang piutang yang ada,
wasiat (tak lebih 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka).
Merujuk kepada Surah An-Nisa ayat 11 hingga 12, kadar pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut sistem Faraid adalah seperti berikut:
Bahagian si ayah kepada suami: 1/6,
Bahagian si ibu kepada suami: 1/6,
Bahagian si isteri: 1/8,
Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka. Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.
Macam mana nak kira berapa banyak setiap waris akan dapat?
Mengikut tetapan dalam Surah An-Nisa, setiap seorang waris akan terima bahagian masing-masing dengan jumlah yang berbeza (rujuk balik poin atas tadi). Lepas dah kira, jumlah yang setiap waris akan dapat adalah:
Ayah = RM500,000,
Ibu = RM500,000,
Isteri = RM375,000.00,
Anak lelaki = RM464,285,
Anak perempuan = RM232,146.
Okay. Sekarang, kami akan kongsikan cara nak kira untuk dapatkan jumlah ini.
Kaedah #1: Berapa nilai yang ayah, ibu, dan isteri arwah akan terima?
Gunakan kaedah pecahan untuk jelaskan kiraan untuk 3 waris ini. Tadi kita dah tau. Bahagian ayah dan ibu arwah akan dapat 1/6, dan bahagian untuk isteri arwah pula adalah 1/8. Untuk tau berapa banyak jumlah bahagian yang ada (secara keseluruhan), kita mesti cari dulu pembawah yang sama bagi pecahan-pecahan tadi.
Kaedah kiraan adalah seperti berikut:

Dengan kaedah ni, kita akan tau keseluruhan harta peninggalan arwah ada 24 bahagian. Dan kalau dibahagikan, ibu dan ayah arwah akan dapat 4 bahagian, dan isteri arwah pula akan dapat 3 bahagian. Daripada 24 bahagian tadi, akan tinggal 13 bahagian lagi untuk diagih kepada anak-anak si arwah.
Kira sekali nilai untuk setiap satu bahagian. 11 bahagian sebelum ni, kita dah agihkan kepada waris-waris utama yang bakal terima bahagian masing-masing (ibu, ayah, dan isteri arwah). Lepas ni, kita kena kira berapa nilai RM yang setiap waris ini akan dapat. Maka, kita akan bahagikan RM3 juta tadi kepada 24 bahagian.

Ayah si arwah
RM125,000 X 4 = RM500,000
Ibu si arwah
RM125,000 X 4 = RM500,000
Isteri si arwah
RM125,000 X 3 = RM375,000
Kaedah #2: Berapa pula jumlah harta pusaka yang anak-anak bakal terima?
Tunggu, kita akan sambung pada posting yang berikutnya ;)
Sumber dari: Bijak Pusaka
Salam Tuan, apakah tuan boleh membantu jika ada ahli keluarga yang berdegil untuk mulakan processs faraid?
ReplyDeleteBerapa kah yuran untuk kes faraid?
ReplyDelete