Tuesday, 5 December 2017

WASIAT KEPADA ANAK ANGKAT


ANAK ANGKAT BOLEH MEWARISI HARTA KE ????

Ya pasti diluar sana kurang faham berkenaan wasiat kepada angkat. Ada yang menyatakan TIDAK ada menyatakan YA. Jadi mana salah satu yang betul ???

 Ok jadinya topik kita hari ini ialah berkenaan dengan WASIAT BAGI ANAK ANGKAT.🤔
Tapi bagaimana anak angkat dapat mewarisi harta pusaka?😅

Anda boleh terus membaca dibawah ya 😁
 Anak angkat tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka ibu bapa angkatnya mengikut hukum faraid. Ini kerana anak angkat tiada hubungan pertalian darah secara syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat mengikut hukum syarak sekali pun anak tersebut telah dibinkan kepada bapa angkat di dalam sijil kelahiran.
 Bagaimana pun, bukanlah ini bermakna anak angkat dibiarkan begitu sahaja sehingga tidak diberikan apa-apa oleh ibu bapa angkat atau waris-waris kepada ibu bapa angkat itu, bahkan sesetengahnya terus meminggirkan anak angkat selepas kematian ibu atau bapa angkatnya.
 Persepsi terhadap anak angkat oleh sesetengah pihak yang meminggirkan anak angkat sepeninggalan ibu bapa angkatnya disebabkan oleh fahaman mereka bahawa anak angkat tidak berhak mewarisi, sebenarnya tidak tepat. Berilah sebahagian daripada harta pusaka ibu bapa angkat kepadanya atau setidak-tidaknya kasihilah mereka sebagaimana ibu bapa angkat menyayangi mereka.
 Sebenarnya hukum faraid ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk mewariskan harta pusaka kepada kaum keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan si mati. Soalnya, bagaimana nasib anak angkat yang sememangnya tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa angkatnya? Bolehkah mereka mewarisi harta pusaka ibu dan bapa angkat sedangkan ibu bapa angkat sangat menyayangi mereka seperti anak kandung mereka?.
 Islam agama yang adil dan prihatin kepada semua golongan manusia. Memang benar anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka secara faraid. Tetapi Allah maha mengetahui dan bijaksama membenarkan ibu bapa angkat ‘mewariskan’ sebahagian daripada harta mereka kepada anak angkat melalui Hukum Wasiat
 Dengan berwasiat, anak angkat akan mewarisi paling maksimum 1/3 daripada harta pusaka ibu bapa angkat mereka, manakala baki 2/3 bahagian lagi akan diwarisi oleh waris-waris si mati secara faraid. Sebagai contoh, Ahmad mempunyai seorang anak angkat, seorang isteri dan tiga orang adik beradik seibu sebapa, dua lelaki dan seorang perempuan. Ahmad mempunyai 5 ekar tanah. Semasa hayatnya, Ahmad telah berwasiat sekiranya beliau meninggal dunia, 1 ekar daripada tanah pusaka peninggalannya hendaklah diberikan kepada anak angkatnya.
Apabila Ahmad meninggal dunia, anak angkat boleh menuntut harta pusaka itu sebagai penerima wasiat, manakala isteri dan tiga orang adik beradik Ahmad menuntut sebagai penerima pusaka secara faraid.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi kami
📲 HF SERVICE & MANAGEMENT di talian 07-4330085 atau whatsapp 019-7669869

No comments:

Post a Comment