Tuesday, 29 August 2017

ELAK BERPECAH SESAMA KELUARGA KERANA HARTA PUSAKA!


Apa yang akan jadi lepas seseorang Muslim itu meninggal dunia? Ya, mereka akan tinggalkan harta yang ada kepada waris yang berhak. Dan semua ini Allah S.W.T dah tentukan secara khusus mengikut satu sistem pembahagian harta pusaka.

Semua orang tau tentang Faraid. Tapi tau ke cara kira pembahagian harta pusaka mengikut sistem Faraid ni dengan betul?

Ini salah satu contoh kiraan mudah untuk anda faham. Serius!

Kami akan jelaskan secara praktikal, macam mana nak kira berapa banyak pembahagian harta pusaka kepada setiap waris yang berhak.

Katakan, ada satu keluarga yang terdiri daripada suami, seorang isteri, dan 5 orang anak (2 orang lelaki, 3 orang perempuan), serta ibu dan bapa si suami. Takdir pula tak berpihak kepada si suami. Beliau meninggal dunia, dan insan-insan di atas ni adalah ahli waris si arwah.

Andaikan harta arwah yang tinggal sebanyak RM3 juta lepas dah tolak kos:

pengurusan jenazah,
selesaikan segala hutang piutang yang ada,
wasiat (tak lebih 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka).
Merujuk kepada Surah An-Nisa ayat 11 hingga 12, kadar pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut sistem Faraid adalah seperti berikut:

Bahagian si ayah kepada suami: 1/6,
Bahagian si ibu kepada suami: 1/6,
Bahagian si isteri: 1/8,
Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka. Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.
Macam mana nak kira berapa banyak setiap waris akan dapat?

Mengikut tetapan dalam Surah An-Nisa, setiap seorang waris akan terima bahagian masing-masing dengan jumlah yang berbeza (rujuk balik poin atas tadi). Lepas dah kira, jumlah yang setiap waris akan dapat adalah:

Ayah = RM500,000,
Ibu = RM500,000,
Isteri = RM375,000.00,
Anak lelaki = RM464,285,
Anak perempuan = RM232,146.

Okay. Sekarang, kami akan kongsikan cara nak kira untuk dapatkan jumlah ini.

Kaedah #1: Berapa nilai yang ayah, ibu, dan isteri arwah akan terima?

Gunakan kaedah pecahan untuk jelaskan kiraan untuk 3 waris ini. Tadi kita dah tau. Bahagian ayah dan ibu arwah akan dapat 1/6, dan bahagian untuk isteri arwah pula adalah 1/8. Untuk tau berapa banyak jumlah bahagian yang ada (secara keseluruhan), kita mesti cari dulu pembawah yang sama bagi pecahan-pecahan tadi.

Kaedah kiraan adalah seperti berikut:


Dengan kaedah ni, kita akan tau keseluruhan harta peninggalan arwah ada 24 bahagian. Dan kalau dibahagikan, ibu dan ayah arwah akan dapat 4 bahagian, dan isteri arwah pula akan dapat 3 bahagian. Daripada 24 bahagian tadi, akan tinggal 13 bahagian lagi untuk diagih kepada anak-anak si arwah.

Kira sekali nilai untuk setiap satu bahagian. 11 bahagian sebelum ni, kita dah agihkan kepada waris-waris utama yang bakal terima bahagian masing-masing (ibu, ayah, dan isteri arwah). Lepas ni, kita kena kira berapa nilai RM yang setiap waris ini akan dapat. Maka, kita akan bahagikan RM3 juta tadi kepada 24 bahagian.
Jadi, kita akan tau setiap satu bahagian berjumlah RM125,000.00. Kita dah boleh kira berapa banyak jumlah yang setiap waris utama tadi akan dapat:

Ayah si arwah
RM125,000 X 4 = RM500,000
Ibu si arwah
RM125,000 X 4 = RM500,000
Isteri si arwah
RM125,000 X 3 = RM375,000


Kaedah #2: Berapa pula jumlah harta pusaka yang anak-anak bakal terima?

Tunggu, kita akan sambung pada posting yang berikutnya ;)

Sumber dari: Bijak Pusaka

Wednesday, 16 August 2017

KENAPA PERLU MENGGUNAKAN EJEN HARTANAH?

Ada yang bertanyakan kepada kami, kenapa perlu guna ejen hartanah sedangkan buyer sendiri boleh deal dengan owner? Soalan inilah yang mencetuskan kekeliruan pada pembeli rumah samada perlu guna ejen atau tidak.

Jawapannya, kalau nak mudah dalam urusan membeli rumah dan menjual rumah ni, silalah gunakan khidmat ejen hartanah sebab kami inilah yang akan MEMBANTU kamu semua dalam segala hal.

Kenapa perlu guna ejen?

1. Ejen hartanah mempunyai pengetahuan dalam pasaran jual beli hartanah. Mereka juga mempunyai informasi dalam data pasaran hartanah yang paling baru.

2. Ejen dapat memberikan nasihat dan rundingan kepada pembeli dan penjual dalam proses pembelian dan penjualan hartanah.

3. Yang paling penting supaya anda boleh memastikan anda mendapat hartanah yang sesuai dan berbaloi dengan  bajet anda.

4. Satu kerugian kalau anda tak guna peluang untuk beli rumah menggunakan ejen hartanah kerana segala risiko 100% adalah tanggungan anda



ps: Sila berhati-hati juga dalam memilih ejen hartanah. 
Mudah saja, HF Service & Management sedia membantu :)

Monday, 14 August 2017

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENGIKUT HUKUM FARAID

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.

KADAR ASAS PEMBAGIAN

Merujuk kepada Surah An-Nisa ayat 11 hingga 12, kadar asas pembahagian adalah seperti berikut:


HILANG HAK MEWARISI

  • BERLAINAN AGAMA; Menurut Syariah orang bukan Islam tidak boleh mewarisi daripada orang Islam.
  • Sekiranya seseorang itu MENYEBABKAN KEMATIAN SI MATI samada secara sengaja atau tidak sengaja. Dia juga tidak boleh mewarisi harta si mati.


HARTA YANG BOLEH DIBAHAGIKAN

  • Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
  • Barang kemas (emas, perak dll);
  • Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
  • Tanah, kebun, ladang dll;
  • Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


Tuesday, 8 August 2017

HARTA PUSAKA

Hari ini kita akan berbincang mengenai pusaka. Pusaka juga disebut sebagai warisan, di mana harta yang telah ditinggalkan oleh si mati perlu diserahkan kepada waris-warisnya yang tertentu dengan kadar yang tertentu. 


SEBAB-SEBAB MENDAPAT HARTA WARIS

  1. Hubungan Kekeluargaan : seperti, anak,cucu, bapak, ibu, kakek, nenek, saudara laki-laki/perempuan (Q.S. An-Nissa ayat 7)
  2. Perkawinan : suami/istri (Q.S An-Nisaa :12)
  3. Hubungan seagama, yakni sesama muslim.
  4. Wala” yaitu orang yang memerdekakan pewaris dari perbudakannya.


SEBAB-SEBAB TIDAK MENDAPAT HARTA WARIS

  1. Budak Belian ; karena kalau ia diberi bagian warisan , maka bagiannya akan menjadi milik majikannya. (Q.S An-Nahl :75)
  2. Pembunuh pewaris.
  3. Murtad; Ahli waris keluar dari Agama Islam.
  4. Kafir; ahli waris bukan muslim.

Thursday, 3 August 2017

WASIAT, FARAID DAN HIBAH BUKAN SESUATU YANG SAMA?

WASIAT

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

Wasiat Kepada Waris dan Bukan Waris
Pada asasnya wasiat hanya diberikan kepada bukan waris kerana tujuannya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan pahala. Ia juga diharap dapat memenuhi segala kekurangan yang ada ketika hayat.

Apa yang dimaksudkan dengan waris dalam konteks wasiat ialah orang-orang yang berhak mendapat pusaka selepas pemilik harta meninggal kelak seperti anak atau isteri. Oleh kerana itu wasiat pada asasnya diberikan kepada bukan waris kerana mereka ini tidak termasuk dalam kalangan orang yang berhak untuk mendapat pusaka.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya berbunyi;
“Allah telah berikan bahagian kepada setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris.”
Bagaimanapun, wasiat kepada ahli waris masih boleh dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan dari ahli waris yang lain. Perlu diingat, ahli waris yang dimaksudkan mestilah ahli waris semasa kematian pewasiat dan bukan ahli waris semasa hayat pewasiat. Jika kesemua ahli waris bersetuju dengan wasiat yang dibuat maka perlaksanaan wasiat tersebut boleh dilaksanakan.

WASIAT WAJIBAH ialah seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3.

FARAID

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan.

HIBAH

Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

Pemberi hibbah tidak boleh menarik balik hibahnya setelah setiap rukun hibbah dipenuhi iaitu : pemberi hibbah (al-wahib), penerima hibbah (al-mauhub laku). Barang  dihibahkan  (al-manhub) lafaz ijab kabul, menurut mazhab syafie akad nikah tidak sempurna kecuali selepas qabul . qabul berbeza-beza mengikut harta / aset. Sekiranya harta alih. Maka qabul berlaku dengan mengambil, memindah, mengasingkan harta tersebut dengan harta lain. Bagi harta tidak alih boleh berlaku dengan mengosongkan harta, menguasainya dan melakukan tasaruf terhadap harta tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya.

Harta atau barang yang dihibahkan mestilah:
1. Sesuatu yang bernilai pada pandangan syarak pada waktu hibah dibuat, 
2. Milik sah orang yang memberi hibah dan 
3. Hendaklah jenis yang boleh diserahkan pada waktu itu.

Contohnya, ayah menghibahkan sebidang tanah kepada anaknya. Tanah adalah jenis harta yang bernilai daripada sudut pandangan syarak. Namun begitu, tanah itu hendaklah bebas daripada sebarang gadaian dengan pihak bank.

Jika mempunyai sekatan gadaian, tanah itu tidak mencukupi syarat sebagai harta yang boleh dihibahkan. Ia belum menjadi milik sah orang yang memberi hibah dan juga tidak boleh diserahkan pada waktu itu kerana sekatan gadaian menghalang serahan atau pindah milik dibuat.

Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam.

Pemberi hibah mestilah bebas menguruskan harta tersebut tanpa sebarang sekatan. Pindah milik rumah melalui perjanjian hibah tidak boleh dilakukan sekiranya rumah terbabit dijadikan cagaran dan dikaveatkan melainkan cagaran itu ditamatkan dan kaveat ke atas rumah itu ditarik balik.


Tuesday, 1 August 2017

TANAH UNTUK DIJUAL: MUKIM CHAAH, LABIS, JOHOR (6 EKAR)

No Lembaran: 33 AII



No Lembaran: 24 CIV & 33 AII



Disertakan pelan tanah bagi tanah yang akan dijual.
Lokasi: Desa Temu Jodoh, Chaah, Labis, Johor
Jumlah Keluasan: 6 Ekar
Status: Rezab Melayu
Harga: RM 550,000 (NEGO)