Thursday, 15 March 2018

PEMBAHAGIAN HARTA JIKA MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN SAHAJA

Assalamualaikum Selamat pagi 😁

Ada yang bertanya bagaimana untuk pembahagian harta pusaka jika mempunyai anak perempuan sahaja. Tiada anak lelaki.🤔
Begini, perkara yang perlu anda tahu, jika tidak mempunyai anak lelaki ??

■ Anak-anak perempuan anda akan berkongsi harta pusaka yang anda ditinggalkan dengan adik-beradik anda (Ibubapa saudara kepada anak perempuan anda) jika ketika anda meninggal dunia, anda;
- Tidak mempunyai bapa, dan
- Tidak mempunyai cucu lelaki daripada anak lelaki, dan
- Tidak mempunyai datuk dan ke atas
■ Jika anda hanya mempunyai seorang anak perempuan, dia hanya akan mewarisi 1/2 bahagian ke atas harta pusaka yang anda tinggalkan. Jika mempunyai 2 orang atau lebih, maka mereka akan berkongsi sama rata ke atas 2/3 bahagian ke atas harta pusaka anda.
■ Penglibatan waris yang ramai kebiasaannya akan menyukarkan proses turun hak milik. Kemungkinan nama mereka akan turut sama ada dalam geran hartanah, walaupun peratusan bahagian mereka adalah sangat sedikit.
■ Buat perancangan harta ke atas aset-aset yang sukar untuk dibahagi-bahagikan seperti rumah dan hartanah. Gunakan dokumentasi hibah untuk memastikan adik beradik anda tiada bahagian ke atas aset tidak alih tersebut.
■ Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar daripada puaska si mati. Maka, tidak ada bahagian yang boleh dituntut oleh waris lain kecuali penerima hibah sahaja.
■ Hibah yang anda berikan kepada anak kandung boleh ditarik balik tanpa perlu meminta izin penerima hibah tersebut. Selagi anda mempunyai kuasa ke atas harta tersebut.
■ Dokumentasi hibah yang kami buat memastikan anda masih mempunyai kuasa mutlak ke atas harta yang telah dihibahkan. Berhati-hati dengan hibah yang dibuat pihak lain, yang menghilangkan kuasa mutlak anda sehingga mendatangkan mudarat kepada anda kemudian hari.
Buat perancangan ke atas harta yang bakal anda tinggalkan. Jangan tinggalkan kesukaran untuk waris anda yang akan menghadapinya. Hibahkan harta yang anda tidak mahu ia dikongsi kepada pihak lain.

SHARE/LIKE/TAG KEPADA KELUARGA DAN RAKAN SEKIRANYA MEMBERI MANFAAT 😊
Bertindak sebelum terlewat !
KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA
HUBUNGI KAMI SEGERA
HF SERVICE & MANAGEMENT
Ditalian 📲 07 4330085 / 019 7669869

Wednesday, 14 March 2018

AKIBAT TIDAK MEMBAHAGIKAN HARTA PUSAKA:

1. Makan harta secara batil.
Firman Allah S.W.T. :
كلوا اموالكم بينكم بالبا طل يا ايها الذين امنوا لا تأ
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). (Surah al-Nisa’ 4 : 29)


Sabda Rasulullah s.a.w.:
مــن ظـلـم قيد شــبـر من الأرض طوقََََه من سبـع أرضين
Maksudnya :"Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah, nescaya ia akan dibelit oleh tanah itu dari tujuh lapisannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Waris tidak menunaikan wasiat si mati

Sekiranya wasiat itu sah mengikut hukum syarak, adalah menjadi tanggungjawab waris melaksanakan wasiat tersebut dengan segera.

3. Berlaku kematian berlapis
Kematian berlapis bermakna terdapat waris si mati sebelum pusaka dibahagikan kepadanya dan dinamakan kes Munasakhat.

untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami segera !!
HF SERVICE & MANAGEMENT
Ditalian 07 4330085 / 019 7669869

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA 😊

Monday, 12 March 2018

HAK MEWARISI




FAHAMI HAK MEWARISI DENGAN JELAS



 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI KAMI SEGERA
HF SERVICE & MANAGEMENT
DITALIAN 07 4330085

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA😜

Monday, 5 March 2018

KEBAIKAN MENGGUNAKAN EJEN HARTANAH

Selamat petang, harini nak kongsikan info berguna kepada semua !!
Mungkin ramai yang taktahu 

👇

Kebaikan menggunakan ejen hartanah.


1. Pengetahuan dan Kemahiran – Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dsb. Mereka boleh membantu mendapatkan rumah yang anda mampu dan memberi nasihat berkenaan pinjaman. Mereka berpengetahuan mengenai apa yang diperlukan apabila membeli rumah seperti dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah yang terbabit dalam sesuatu pembelian. Seorang ejen hartanah akan membawa anda melalui proses tersebut dan meminimakan tekanan anda.
2. Penjimat Masa. Jika anda mahu menjual rumah, seorang ejen boleh mengambil alih tugas-tugas seperti menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan rumah kepada mereka. Jika anda mahu membeli rumah, ejen boleh menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria anda daripada membuang masa melihat rumah yang tidak menepati kriteria.
3. Pembantu Harga Jual Beli : Ejen akan mengetahui samada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.
4. Hubungan Penting : Ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya. Mereka mempunyai hubungan rangkaian yang baik dan boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak.
5. Pengurusan Dokumen: Jumlah kerja yang ada dalam urusan jual-beli kelihatan sangat rumit kepada mereka yang baru dalam perniagaan ini. Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih 10 mukasurat. Ini belum lagi dokumen lain seperti borang-borang dari badan kerajaan dan lain-lain. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.
6. Sokongan : Kerana kerumitan proses jual-beli hartanah, anda tidak tahu apa yang mahu ditanya. Seorang ejen akan mempunyai jawapan untuk anda dari awal sehingga akhir. Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli rumah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan.

SHARE / LIKE / TAG sekiranya memberi manfaat kepada anda, keluarga & rakan-rakan.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami HF SERVICE & MANAGEMENT 

📲 07 4330085
📲 019 7669869

Tunggu apa lagi? kami siap membantu anda😊