Monday, 4 December 2017

APA YANG PERLU DIWASIATKAN

Mungkin kita lalai atau lupa perkara berkenaan dengan wasiat. Namun ingat sebagai umat islam menjalankan wasiat itu wajib dilakukan. Teruskan membaca di bawah 👇

❗️APA YANG PERLU DIWASIATKAN ❗️

a. Harta

Jumlah harta yang dimiliki oleh pewasiat perlu diketahui oleh waris bagi memudahkan urusan pembahagian harta termasuk jumlah harta yang boleh diwarisi dan yang boleh diwasiatkan.

b. Hutang

Hutang merupakan satu perkara yang sangat penting. Sabda Rasulullah “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari” riwayat al-baihaqi

Dan Nabi SAW memperingatkan dlm satu hadis: يغفر الله عزوجل للشهيد كل ذنب الا الدين

“Diampunkan segala dosa orang yg mati syahid kecuali hutang”. Malah dalam banyak hadis diberitakan Nabi SAW seringkali menolak untuk mengimamkan solah jenazah bagi yg masih belum melangsaikan hutangnya. Dalam hadis lain, digambarkan

نَفْسُ المُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ “Roh orang Mukmin tergantung dengan sebab hutangnya, sehingga dilangsaikan baginya”. Atas faktor ini, penyenaraian hutang adalah sangat penting dalam memastikan semua hutang-hutang yang tidak mampu diselesaikan sewaktu hidup, akan diselesaikan oleh waris setelah pewasiat meninggal.

c. Senarai Waris

Sabda Rasulullah s.a.w Pelajarilah al-Quran dan ajarkankanlah ia kepada manusia dan pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia. Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah-fitnah, sehingga nanti akan tiba masanya apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara keduanya(Riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a)

d. Nasihat, Pesanan & Amanah

Sudah menjadi amalan Rasulullah, para sahabat dan ulamak untuk meninggalkan pesanan dan nasihat kepada yang masih hidup. Maka merupakan satu sunnah yang perlu diteruskan oleh kita dengan meninggalkan pesanan kepada waris waris yang akan meneruskan kehidupan mereka setelah kita tiada.

☝🏼 Surah an nisa’ (11 & 12)

Sabda Rasulullah dan 2 ayat di atas menunjukkan betapa Allah mementingkan pembahagian harta pusaka yang adil. Sering terjadi pembahagian yang adil tidak dapat dijalankan akibat wujudnya ahli waris yang tidak diketahui. Berdasarkan fakta diatas, maka penyenaraian senarai waris adalah sangat penting terutamanya sekiranya terdapat waris yang dirahsiakan semasa pewasiat masih hidup.



No comments:

Post a Comment