Monday, 27 November 2017

PUSAKA YANG DITINGGALKAN TANPA WASIAT

Asalamualaikum semua, mari kite mengambil pengajaran bersama jika harta pusaka yang ditinggalkan tanpa wasiat. Apa yang apa akan terjadi πŸ˜±πŸ˜±

Sebagai seorang suami, pernahkah anda terfikir, apa yang akan dialami isteri untuk urus harta pusaka yang anda tinggalkan sekiranya anda mati?

Adakah isteri anda akan dapat gunakan harta pusaka yang anda tinggalkan untuk menyara kehidupannya dan anak-anak anda?

Atau ada waris lain yang akan membolot harta tersebut dan meninggalkan isteri dan anak-anak anda dalam penderitaan?
Pernah terfikir?

Mungkin ada yang menganggap, segala harta yang ditinggalkan nanti, akan diberikan semuanya kepada isteri agar dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan dengan anak-anak.

Ada yang beranggapan, takkanlah waris-waris yang lain nak aniaya dan abaikan si isteri dan anak-anak yang ditinggalkan.

Lagipun, faraid kan ada, mesti ada bahagian harta pusaka yang akan diberikan kepada isteri dan anak-anak. Malangnya, realiti kadang-kadang tidak seindah mimpi.

Nak urus harta pusaka, bukan proses yang mudah lebih-lebih lagi jika tanpa wasiat yang menamakan pentadbir.

Banyak prosedur yang perlu dilalui, banyak dokumen yang perlu dilengkapkan sebelum harta pusaka dapat dicairkan dan diagihkan kepada waris-waris. Itu baru bab prosedur dan dokumen, belum bincang lagi berkenaan masalah dengan waris-waris lain.

Apabila bersangkut paut dengan harta, ramai yang boleh jadi gelap mata dan buta hati; sanggup mengenepikan hukum-hakam dan kebajikan orang lain demi mendapatkan apa yang diingini
Begitu juga dalam hal urus harta pusaka. Banyak sudah didengari cerita yang mana si isteri dibiarkan kebingungan seorang diri menguruskan segala prosedur berkaitan pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan si suami.

Ada juga kes si isteri dan anak-anak diabaikan oleh waris-waris lain setelah harta pusaka diperoleh.

Ada juga yang sanggup merebut harta pusaka yang sedikit, yang mana sepatutnya diberikan sahaja kepada si isteri dan anak-anak.

Jadi, beringat-ingatlah untuk merancang pembahagian harta pusaka semasa masih hidup, ya.

Si isteri tidak perlu bersusah-payah urus harta pusaka bersendirian. harta dapat ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan, tidak perlu berebut-rebut dengan ahli waris yang lain kerana mereka pun akan dapat bahagian yang akan kita tetapkan nanti.

Foto HF Service & Management.

No comments:

Post a Comment