PERANAN SEBENAR PERUNDING HARTANAH DALAM URUSAN JUAL BELI HARTANAH 🤔
❓

Mungkin ramai yang bertanya, kenapa kita perlu gunakan khidmat perunding untuk uruskan urusan pembelian sesuatu hartanah?
Tidak bolehkah kalau kita uruskan sendiri urusan jual beli tersebut tanpa melibatkan peguam atau perunding?
Ini kerana, ramai bertanggapan, sekiranya kita menggunakan khidmat perunding, mereka akan kenakan bayaran yang mahal, sedangkan urusan jual beli hartanah tersebut bukanlah susah sangat pun. Ia sekadar isi borang itu dan ini dan selepas itu pergi sahaja ke pejabat tanah. Selesai urusan. Itulah antara persepsi sesetengah daripada orang yang biasa saya dengar.
Di sini saya ingin jelaskan, kenapa sebenarnya anda perlu lantik perunding bertauliah untuk urukan urusan jual beli hartanah anda?
1. Jual beli hartanah melibatkan undang-undang
•Urusan jual beli hartanah ini bukan setakat urusan surat menyurat semata-mata. Ia bukan juga sekadar urusan yang melibatkan pentadbiran (administrative matter) semata-mata. Urusan jual beli hartanah ini sebenarnya melibatkan isu undang-undang kontrak dan undang-undang tanah.
•Urusan jual beli hartanah ini juga akan melibatkan isu-isu berkaitan undang-undang tanah. Misalnya, tentang syarat-syarat urusan jual beli hartanah di bawah Rezab Melayu, borang-borang urusniga hartanah tertentu yang digunapakai sebagaimana yang dikehendaki di dalam Kanun Tanah Negara dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan undang-undang tanah.
•Jadi, sekiranya anda tidak mahir dalam urusan perundangan, janganlah ambil risiko untuk uruskan sendiri urusan jual beli hartanah anda. Kelak, apabila berlaku sesuatu perkara yang melibatkan isu perundangan, pasti ia akan menyebabkan kesusahan kepada anda
2. Memudahkan kelulusan pinjaman hartanah
•Jika anda melantik perunding, mereka juga boleh tolong uruskan urusan pinjaman / pembiayaan pembelian hartanah anda, dengan bank di mana firma mereka menjadi panel kepada bank tersebut.
•Kelebihannya adalah, urusan kelulusan pinjaman / pembiayaan hartanah anda akan menjadi lebih mudah, dan cepat berbanding jika anda serahkan sendiri permohonan pinjaman / pembiayaan tersebut terus kepada bank.
No comments:
Post a Comment