Tuesday, 11 July 2017

PERKARA PENTING YANG PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI HARTANAH

Info ringkasan apakah perkara yang perlu diambil kira oleh bakal pembeli hartanah sebelum membuat keputusan membeli:

  1. Perlu tahu apakah tujuan pembelian tanah tersebut. Berapa ketentuan keluasan tanah mengikut kriteria dan spesifikasi yang diperlukan.
  2. Rujuk Salinan / Geran asal terkini daripada penjual.
  3. Disarankan membuat semakan status / carian Persendirian @ Rasmi di Pejabat Tanah mengikut Mukim / Daerah tentang lokasi dan kedudukan sebenar tanah tersebut, contohnya adakah lokasi dan kedudukannya betul dan sama sebagaimana semasa dibawa melawat tapak tanah.
  4. Dapatkan harga pasaran tanah tersebut sama ada ianya berbaloi atau tidak untuk dibeli.



Fahami Maksud Geran / Status Hartanah


  1. Tanah Rezab Melayu - Hanya orang melayu sahaja boleh ditukar Hakmilik
  2. Tanah Berstatus Bangunan - Hanya pembinaan dibenarkan. Pinjaman 80% daripada harga pasaran.
  3. Tanah Berstatus Pertanian - Tanah bercucuk tanam. Pinjaman / Pembiayaan dari bank 50% diberikan daripada harga pasaran.
  4. Kaveat - Adanya sekatan yang difailkan oleh Individu / Syarikat / Institusi. Pembeli tidak boleh menukar nama Hakmilik selagi Kaveat tidak dibatalkan.
  5. Geran Bersama @ Geran Kongsi - Ada banyak penama dalam. Penama dalam Geran perlu menandatangi borang 14A untuk menukar Hakmilik yang disaksikan oleh Pegawai Pejabat Tanah
  6. Tanah Pegangan Bebas - Tanah Hakmilik Kekal Selamanya.
  7. Tanah Pegangan Pajakan - Tanah yang dipajak oleh kerajaan Negeri dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan dalam Geran. Perlu mendapatkan kebenaran Kerajaan (Consent) untuk menukar Hakmilik.
  8. Lain-lain syarat yang dinyatakan dalam Geran yang perlu dipatuhi.

No comments:

Post a Comment